Saturday, August 12, 2017

Tunku besi - Rawatan wanita selepas bersalin.

Pengetahuan Am
 Penyediakan Sebuah Tungku Besi

Image result for tunku batu   



 





Sebuah tunku besi dan batu

   

PembuatanTunku Besi dan Batu               

Pada zaman dahulu kala, Tunku besi ini digunakan oleh bidan bagi membantu mengecutkan kulit di perut selepas bersalin. Ianya sangat efektif di gunakan secara Tradisional di Kepulauan Nusantara.
Sekitar  40 tahun yang lalu setiap ibu2 yang bersalin wajib mengunakan khidmat Tunku besi ini (atas saranan dari bidan2 yang memberi khidmat sebelum dan selepas bersalin).

Jenis Tunku
1). Besi Tempa (Murah)
2). Tembaga (Mahal)
3). Batu Granite
4). Jenis Eletrik

Khasiat Tunku 
1). Membantu mengecutkan Rahim
2). Mengurangkan Angin dalam badan terutama di bahagian perut.
3). Mengecutkan serta membuang darah dan lendir  di dalam Rahim dan Perut.
4). Melancarkan perjalanan darah didalam anggota badan.
5). Menaikkan aras peranakan ketempat asal.
6). Mengurangkan sakit sengugut atau keputihan.
7). Mengecilkan ruang udara supaya tidak kosong atas perut supaya tidak jadi "Angin merian"
     (bahasa bidan).

Cara Menyediakan
1).-Panaskan Tunku besi selamat 10 atau lebih (mengikut keperluan).
2).-Letakan beberapa helai daun (apa2 daun yang lebar) atas kain. sediakan  sekurang2nya 2 lapis
      untuk mudah dibalut.
        a)-Tujuan daun.
             sebagai herba dan sebagai pengurangan kepanasan pada Tunku besi tersebut.
             Image result for tunku batu

 3). Tunku besi Siap gunakan.
 4). Namun sebelum menggunakannya setiap orang harus mendapat khidmat nasihat dari orang
       yang dah mahir menggunakannya

Tempat untuk mendapatkannya.
Boleh didapati dikedai yang menjual alat Dapur di seluruh negara.

Harganya
Tunku besi ini harganya dalam RM 40.00 - RM 100.00. 

Saiz dan berat
Tunku besi ini mempunyai berbagai jenis dan beratnya
          Saiz                     Berat
          kecil                     500 gram.
          Sederhana            750 gram.
          Besar                   1200 gram.

Sarung - jenis fabrik
Diperbuat kain cotton. lagi tebal lagi bagus
- 2 lapis (minimum)
- 3 lapis (yang disyorkan).